Saturday, October 3, 2009

Beraya di Umah Ucu

Waduh waduh! Udah lama saya tidak meng-up-date blog saya. Mentang-mentang dah balik ke tanah air, terus lupa donia ya??!! Hahaha... Selamat hari raya to all, btw. Maaf zahir batin ya.

Today, as usual, saya bangun lambatttt. Yer! Saya di rumah mertua dan bangun lambat. Hahaha... Bangun bila Maleec anak bahagia kejutkan mummy. Then, saya mensiapkan diri saya dan anak bahagia, dan fikiran melayang mengenangkan Jezmine Blosso membuat sale kat Zouk. Setelah bermesyuarat ala kadar dengan sayang, permohonan untuk ke Zouk diluluskan. Memandangkan babysitter merangkap ibu mertuaku keluar dengan suaminya dan anakku masih tidak tidur, maka kami suami isteri mengangkut anak sekali ke Zouk. Alkisahnya si anak telah tertidur sebaik sahaja Waja daddy melintas kat depan Zouk. Jadi, kami pun berpatah balik ke rumah.

Seperti yang dijanjikan anak beranak, kami ke rumah Ucu di selayang. Pergh!! Mee gorengnya betul-betul mencongkam! Kakaka... Later, out of plan, sayang and his mummy decided to go to Abang Ajak's house in Rawang. With jam yang slowly bergerak dan anak bahagia yang tetiba terberak, things were gly in the car. Kena pulak, Abang Ajak wasn't in the house. Adoi!! Berpatah balik yang betul-betul menguji keimanan kami yang di dalam kereta.

Later, kami suami isteri berdinner di luar since mak tak masak. Dan nak dijadikan cerita, anak saya menangis yang macam masuk hantu. Kesian anak sayang. Mummy tak tinggal sayang lagi, ok??!!

Good night peeps!

No comments: